1. Bagaimana semangat tersebut telah
mempengaruhi semangat nasionalisme di
Asia Tenggara.
Semangat tersebut telah mempengaruhi Asia Tenggara kerana sikap penjajah yang menjajah dan mengambil hak rakyat menyebabkan sifat tidak puas hati muncul dalam diri setiap rakyat. Dengan ini, muncullah semangat nasionalisme dalam setiap rakyat dengan hasrat untuk mempertahankan tanah air mereka dari dijajah dan diambil dari orang luar. Semangat nasionalisme ini juga muncul apabila seorang pemerintah hanya memikirkan tentang diri sendiri dan tidak mengendahkan tentang hak rakyat menyebabkan rakyat jelata memberontak kerana mereka inginkan keadilan yang saksama dalam pemerintahan negara. Setiap rakyat mempunyai haka masing-masing dan setiap rakyat mempunyai hak yang sama rata tidak kiralah apa pun pangkat seseorang itu. Kita tidak boleh orang melalui pangkat kerana itu akan mengundang ketidakadilan dan akan menimbulkan pemberontakan. Dengan ini, semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat muncul kerana setiap rakyat inginkan negara yang aman dan harmoni tanpa sebarang masalah yang timbul tidak kira dari orang luar ataupun pemerintah negara mereka sendiri.
2. Sejauhmanakah perubahan politik dunia telah merubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka.
Perubahan politik dunia telah banyak merubah tindakan dan cara pemikiran orang Melayu sebelum merdeka kerana pemerintahan politik sebelum merdeka yang dikendalikan oleh British sangat tidak adil terhadap orang Melayu kerana mereka seolah-olah menindas dan mengambil hak orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu telah berfikir cara-cara untuk memberontak tentera British tersebut dengan pelbagai cara. Tidak kiralah bersenjata mahupun tanpa senjata telah orang Melayu fikirkan supaya pemerintahan British itu adil. Orang Melayu juga tidak melakukan tindakan yang salah apabila mereka ingin memerangi tentera-tentera British. Mereka merancanf=g strategi dan cara yang baik untuk memerangi British kernana mereka tahu bahawa British mempunyai senjata yang lebih moden dan mahal daripada mereka. Selain itu, mereka memikirkan cara untuk berunding dengan British tanpa ada salah faham dan peperangan supaya tidak berlakunya pertumpahan darah yang tidak diingini. Di sini kita dapat lihat bahawa perubahan polotik telah menjadikan tindakan dan cara pemikiran orang Melayu lebih matang dan lebih berhati-hati supaya tidak tersilap langkah dan termakan jerat tentera British.
No comments:
Post a Comment